Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya .
Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.